Monday, September 30, 2013

Sebuah Pengalaman Baru

Nukilan dari: Isteri Mithali


Oh! Ingatkan bila memasuki usia emas Sang Suami akan menghadiahkan 'demon-demon' atau sekurang-kurangnya seutas rantai emas ke... he he he ...

Tapi sebaliknya Sang Suami telah 'mengsurprisekan' Si Isteri tercinta dengan sebuah mesin berwarna putih dan berjenama Janome :D

Kawan-kawan rasa apakah agaknya hadiah tersebut? Hah Hah ... Jawabnya Mesin Jahit buatan Negara Jepun! Dah seminggu hadiah itu diterima, tapi Si Isteri tak buka lagi kotak tersebut sehinggalah pada hari yang bersejarah ini - Ahad bersamaan 23/11/1434.

Si Isteri telah meminta izin Sang Suami untuk menjemput seorang rakan yang mahir dalam banyak bidang termasuklah ilmu jahit menjahit. Maka bermulalah sesi tunjuk ajar dari pakar jahitan untuk Si Isteri ...

Mula-mula, mereka buka kotak dan keluarkan mesin. Seterusnya pasang plug kerana mesin tersebut mesin karan! Lepas tu, belajar cara-cara pasang benang sebelum sesi seterusnya. Si Isteri bercadang untuk buat selimut ala-ala 'patch work' buatan sendiri untuk di hadiahkan kepada Sang Suami :) Insyallah.




Si Isteri telah membeli kain di Kedai Ghafoor bercorak 'polka dot' dwi warna - kerim dan coklat! Kesemuanya satu meter (setengah meter setiap satu kain). Mudah-mudahan Sang Suami sukalah dengan pilihan Si Isteri. Setelah semuanya sedia, Pakar Menjahit telah memotong kain-kain bersegi empat 'patch work' mengikut citarasa Si Isteri. Kemudian diteruskan dengan menjahit kain-kain yang seperti 'perca' dan kelihatan sungguh cantik menjadi corak 'patch work'! Setakat itu, semuanya berjalan lancar. Alhamdulilah ...

Selesai pengajaran kepada Si Isteri oleh Pakar Menjahit, Si Isteri pun cuba membuatnya sendiri. "Wow! Cantiknya" jerit Si Isteri apabila melihat hasil tangannya yang telah menjadi seperti sehelai alas meja kecil dengan pertolongan Pakar Menjahit :D



Melihat hasil kerjatangan Si Isteri semakin menjadi dan semakin konfiden menggunakan mesin jahit karan itu, maka Pakar Menjahit pun meminta izin pulang dengan doa dan harapan Si Isteri dapat meneruskan jahitan tersebut menjadi selimut seperti yang di impikan he he he!

Sepeninggalan Pakar Menjahit, maka Si Isteri meneruskan jahitannya dengan tekun sekali. Tetapi, entah macamana atau di mana silapnya, benang jahitan asyik tersangkut di mesin jahit itu aje . Si Isteri acapkali memasangnya semula dan teruskan jahitannya. Lama-kelamaan, Si Isteri terus menjadi bosan kerana asyik kena betulkan benang jahitan dan kembali menjahit berulang-ulang. Dan acapkali juga tersalah jahit dan terpaksa membetulkannya. Aduh penatnya mata, tangan dan kaki Si Isteri (@^@) ...

Bila Sang Suami pulang dan melihat Si Isteri yang termenung panjang merenung hasil jahitannya yang kurang menjadi seperti yang di inginkan, Sang Suami berkata, "Tak mengapa Sayang, esok lusa boleh sambung belajar jahit lagi. Mungkin tadi belum khatam." Hah Hah Hah ...

(Dalam hati Si Isteri: "Hu Hu Hu ... Ah! Tak jadi lah buat selimut, tapi boleh lah kot jadi alas meja buat Perwakilan Muscat :D)