Nukilan dari: Mama Gary (Musrifah Rustam)
Oh! Rumah Malaysia indah dan permai
Tempat tinggalku yang aman dan selesa
Selalu bikin hatiku ceria dan damai
Tempat kunjungan orang berbilang bangsa
Di sini lah Ibu-Ayah menyusun pelbagai acara
Untuk rakyat Malaysia di bumi Muscat
Kalau lah boleh aku bertutur dan berbicara
Manalah tahu di antara mereka boleh kupikat?
Sering kedengaran suara-suara anak
Sungguh hatiku teringin untuk berkawan
Tapi apakan daya bukannya ku tak nak
Kami berbeza bagai bumi dan awan!
Kedatangan mereka boleh ku hidu
Kerana hidungku sensitif sekali
Terus aku di dukung manja oleh Ibu ku
Kerna aku ketakutan dan tak berapa friendly ... (LOL)
Pada teman Ibu-Ayah yang datang berkunjung
Ke Rumah Malaysia yang penuh bermakna
Melihat kemesraan kalian ku kagum dan sanjung
Ku doakan kalian gembira bersama-sama!
No comments:
Post a Comment